Skip to main content

Pengumuman

19 Ogos 2023

Joomla! 3.10 : Sudah Sampai Penghujungnya


PENGUMUMAN RASMI
KOMUNITI JOOMLA! MALAYSIA (JOOMLA!MY)
17 OGOS 2023


Kepada semua Joomlarian di Malaysia, sebagaimana sedia maklum, Joomla 3 dengan versi terakhirnya adalah 3.10.12 telah tamat sokongan teknikal dan bantuan pada hari ini, 17 Ogos 2023.

Sehubungan itu, pihak Joomla!MY menyarankan untuk menaik taraf Joomla anda ke versi yang terkini iaitu Joomla 4.x (Joomla 4.3.3) dengan kadar segera bagi memastikan laman web anda kekal selamat dan berfungsi dengan baik.

Untuk makluman, Joomla 4 menawarkan fungsi keselamatan yang lebih kukuh dan selamat, pengalaman pengguna yang lebih baik serta banyak lagi fungsi dan faedah untuk laman web anda.

Sekian, terima kasih

- TAMAT -

Rujukan :
https://www.joomla.org/4
https://magazine.joomla.org/all-issues/august-2021/joomla-3-10-end-of-support-handling